Assalamu'alaikum, salam sejahtera. Entri dan gambar dalam 'Lia Lomi' adalah hakmilik Lia Ilnia kecuali bila dinyatakan. Sebarang penyalinan haruslah di kredit ke blog ini. Blog Lia ni paparan lebih cantik dalam google chrome dan mozilla . Maaf atas penggunaan kata ganti diri 'AKU" buat semua. Salam Ukhwah kawan-kawan!







Buah Hati cik Lia Lomi

Khamis, 23 Mei 2013

Butik pengantin muslimah.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Aku ada satu angan-angan yang boleh aku katakan lebih kepada cita-cita. Insyaallah.

Aku teringin nak buka butik pengantin tapi buat muslimah & muslimin kat luar sana. Aku suka tengok orang mendirikan masjid, menbina baitul muslim.

Dan kalau boleh aku nak buka butik pengantin yang elegen tapi masih dalam kos yang sederhana sesuai dalam tuntutan agama. Bersederhana dalam berbelanja walaupun di majlis yang sangat penting.

Aku nak tengok pasangan dua sejoli memakai pakaian yang cukup menutup aurat dan keadaan yang tidak tabarruj dalam meraikan majlis walimatul urus yang di adakan.

Aku suka tengok pengantin lelaki dan perempuan bergembira dan selesa memakai pakaian rekaan aku. Wah! Lagi-lagi kalau si pengantin perempuan berpurdah. Aku terasa macam bidadari yang turun ke dunia. Opsss over sudah..

Tapi aku kena belajar menjahit dulu sebab aku tak reti nak menjahit. Kalau jahit baju koyak yang kecil-kecil aku pandailah.

Dan aku kena belajar selok belok perniagaan. Tapi kalau bab ni rasanya no problema sebab dulu aku kat sekolah pun ada meniaga dan kerja sekarang pun ada sikit-sikit selok belok perniagaan.

Dan yang most important adalah kesabaran dan ketekunan. Nampaknya dari segi ni aku kena pertingkatkan lagi nampaknya.

Sabtu, 18 Mei 2013

Hilang ditelan kehilangan.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Aku sebenarnya tak tau nak tulis apa sebab dah lama blog ni ak tinggalkan. Semenjak ada orang baru masuk dekat tempat kerja aku ni, blog dah jadi tempat yang usang.

Aku tau masih ada yang blogwalking ke blog aku ni. Ada juga yang tinggalkan komen tapi aku belum sempat nak blogwalking balik.

Hilang ku kerana kehilangan, kehilangan yang memeritkan, kehilangan manusia boleh di ingati. Kehilangan ku ini sangat menyakiti.

Voice can make you suffer. Listen can make you happy. See can make you think is it wrong or not.

Sometimes, world can be so cruel to you. Can be so good for you. Depends on that human.

Aku tak tahu nak describe perasaan aku sekarang. Orang pun tak akan mengerti. Hanya aku. Hanya aku. Sorang. Oh aku rasa macam ada yang tak betul. Aku harus ubah. Tapi aku selalu tersungkur. Tersungkur di jalanan.

Sabtu, 13 April 2013

WeChat buat yang malas menaip.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Aku sekarang dah ada akaun WeChat. Ala yang iklan Lisa Surihani dengan Sam tu. Aku ni suka try sosial network yang baru. Kalau dulu Facebook, aku buka Facebook. Blog pulak femes lepas tu, aku buka blog yang masih bertahan sampai sekarang. Lepas tu Twitter, aku pun buka twitter. Musim Instagram pulak, aku join jelah instagram tu.

Last, last, banyak pulak aku punya akaun sosial network kat internet ni. Cuma aku belum cuba Wassup. Sebab apa aku takut dia jadi macam akaun twitter aku. Terdampar kesepian sebab dah berkurun aku tak buka.

Akaun WeChat ni bagi aku okeylah. Bagi yang malas menaip macam aku ni. Sangatlah sesuai. Guna macam walkie-talkie sahaja. Senang dan cepat tapi aku dengar suara aku masa WeChat dengan orang macam suara lelaki. Hahaha. Terkejut aku.

Buat masa ni akaun WeChat ni masih percubaan. Tak tahulah akan datang nasibnya akan sama seperti akaun Twitter aku ke idak. Tengok keadaan..

Selain Wechat menggunakan suara, boleh juga menaip dan ada juga moment yang dalam moment ni, kita boleh upload gambar kita tengah buat apa.

Jom WeChat! *Berangan jadi secantik Lisa Surihani *

Akhir kata:
Okies, adios. Cau Cincau.. Babaiii.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...