Assalamu'alaikum, salam sejahtera. Entri dan gambar dalam 'Lia Lomi' adalah hakmilik Lia Ilnia kecuali bila dinyatakan. Sebarang penyalinan haruslah di kredit ke blog ini. Blog Lia ni paparan lebih cantik dalam google chrome dan mozilla . Maaf atas penggunaan kata ganti diri 'AKU" buat semua. Salam Ukhwah kawan-kawan!







Buah Hati cik Lia Lomi

Sabtu, 22 Oktober 2011

berkawan biar seribu, berkasih biar satu, bermusuh tidak perlu..

salam dan hai readers Lia yang comel lote.

wah, kerlas tajuk entri Lia kali ni!.
(puji diri sendirilah)

sebenarnya nak cerita yang tadi jumpa kawan Lia,
dah lama tak jumpa dia,
biasalah dia sambung belajar kat UITM Pulau Pinang,
Lia pula kerja kat Rawang, Selangor ni,

dulu masa sekolah pun sampai Tingkatan 3 sama sekolah,
lepas tu dia pindah sekolah lain,
terasa nak menangis masa tahu yang dia nak pindah sekolah,
ye lah dialah kawan pertama Lia di sekolah tu,
(masa tu Lia baru pindah dari gombak, jadi tak kenal pun budak sekolah tu)

kami berkenalan dari sebuah liquid paper tahu,
Dia selalu marah sebab Lia selalu pinjam liquid papernya.
(tak tahu malu kan Lia ni?)
kemudian start berkawan

jadi sangatlah lama kami tak jumpa,
bila jumpa, asyik bercerita sahaja,
bila bercerita, terngumpat pula,
(opsss, bukan ngumpatlah, just mengimbau masa lalu)


terasa seronok dengar dia cerita pasal U nya,
terasa seronok juga dapat bercerita pasal kerja dengannya,

buat Bella,
semoga kita akan berkawan sampai akhir hayat..
dan maafkanlah kalau pertemuan tadi Lia tersilap dan terkasar bahasa ya!..


Friends will be Friendsby *MindStep

berkawan biar seribu,
wah best sungguh kalau ada kawan yang banyak!,
boleh bertukar pendapat,
boleh beri dan meminta nasihat,


berkasih biar satu,
setialah pada pasangan kita,
insyaallah tidak akan ada adegan baling
periuk,kuali,belanga,sudu,garfu,pisau mahupun yang di panggil benda!


bermusuh tidak perlu,
nak buat apa bermusuh,
kalau bermusuh pasti berdendam,
bukankah dendam itu penyakit hati??..



"Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian."





14 ulasan:

Bro ahmad berkata...

setuju..berkawan biar ramai...musuh taknak la...:)

Rin berkata...

hai lia.. saya jenguk2 blog lia come lote ni... dah follow pun.. ramai follower u.. i sikit je.. tapi tak pe.. yang penting happy... selamat berkenalan!

Cik Lia Lomi berkata...

@Bro Ahmad, Lia pun tanak musuh..hihihi

@Rin, terima kasih. :)

Daddylicious berkata...

kalau berani berumah ditepi pantai tidak mengapa...:)

MD berkata...

Nak tambah sikit lagi,selamat berbahagia selalu....

Kancil 8349 berkata...

setuju...kerana berkawan yang beribu akan mendoakan kita...

Ariena Hisham berkata...

Betul betul. Kawan biar ramai. Musuh jangan dicari :')

*Act like a LADY & think like a BOSS :)
Do not compromise with any such of "man" outside there. Yeahh go girls, please beware okay (!)
Jom baca entry saya :) Hihi

Cik Lia Lomi berkata...

@daddy, hihihi. berani ke?..

@MD, sila2..

@kancil, kan pendapat saya juga begitu.

@Ariena, Lia pun tak suka nak mencari musuh..hihihi

Yumida berkata...

yup...lama dh x jumpe kwn sekolah menengah dulu

Cik Lia Lomi berkata...

@yumida, amik masa jumpa kawan sekolah mesti best!.

Luna Shoppe berkata...

Salam. Tumpang promo ye. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis bag&tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!

Blog: http://lunashoppe.blogspot.com/

Run Away berkata...

betul...baik cari kawan dr cari musuh...;d

nini berkata...

biasanya bergaduh tu akan buat hubungan kita lebih erat...kan...

Cik Lia Lomi berkata...

@Luna, sila-sila..

@Run Away, kan sama pendapat dengan Lia..

@nini, itu kalau mengeratkan, kalau sampai berdendam, abehlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...